FAMA Agro TV
Berita

Majlis Pelancaran Agrobazaar Aidilfitri @ 1st Avenue

5hb Mei 2021 (Rabu) | 2.00 Petang | 1st Avenue Mall, Georgetown | Majlis Pelancaran Agrocraft Bazaar Aidilfitri @ 1st Avenue Mall

Program pada petang ini dilancarkan oleh YB Tuan Zulkifli bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Fokus Group Pembangunan Pertanian Dan Industri Pengeluaran Makanan Dan Keselamatan Rangkaian Makanan Merangkap ADUN Sungai Acheh. Turut bersama pada petang ini adalah Encik Norhisham bin Ramli, Timbalan Pengarah Seksyen Pembangunan Sektorial Bahagian Penyelarasan Bumiputera Pulau Pinang, Encik Mohd Junaidi bin Raziqin, MK Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang dan Encik CC Yeap, Pengurus Besar 1st Avenue Shopping Complex Pulau Pinang.

Perlaksanaan program ini telah bermula pada 9 April 2021 dan akan berakhir pada 11 Mei 2021, seramai 10 usahawan terlibat dibdalam program ini. Aktiviti jualan bermula dari jam 10.00 pagi hinggan jam 10.00 malam. Pelaksanaan program ini telah dibiayai melalui dana promosi produk usahawan bumiputera PP dibawah Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang(MPBPP) dan bergerak serentak di beberapa lokasi iaitu
✅Agrocraft Bazaar Aidilfitri @Sunway Carnival Seberang Jaya
✅Rangkaian Agrobazaar KShoppe Pulau Pinang
✅serta jualan secara online melalui platform Agrobazaar.com.my

Objektif program ini adalah bagi mempromosikan produk biskut dan kuih raya serta keperluan aidilfitri oleh usahawan Bumiputera Pulau Pinang dan juga menjadi one stop centre kepada pengungjung untuk mendapatkan keperluan seisi keluarga bagi produk makanan, pakaian, dan hiasan rumah.

Jom kita berbelanja kuih dan biskut raya di lokasi-lokasi tersebut. Pihak Pengurusan FAMA Pulau Pinang mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin😁

#famadihatirakyat
#mafiprihatin
#famapulaupinang
#agrocraftbazaaraidilfitri2021

Popular

Buat Apa Nak Pening???

Editor FAMA

Pasar Segar Terkawal FAMA beri kemudahan kepada 348 petani dan 6,879 usahawan

Editor FAMA

KHIDMAT PEMASARAN BUAH KRISTAL OLEH PEJABAT FAMA BAHAGIAN SAMARAHAN DI KAMPUNG JANGKAR, BIAWAK LUNDU

Editor FAMA