FAMA Agro TV
Berita

Sumbangan MAFI Prihatin

MAFI mengambil pelbagai pendekatan khususnya dalam memastikan kelancaran dan kelangsungan raintaian bekalan makanan termasuk isu lambakan, surat pergerakan dan pelaksanaan 43 Pasar Segar Terkawal (PST) di seluruh negara.
Antara program lain yang diadakan adalah MAFI PRIHATIN

Lebihan hasil pertanian yang terdapat melalui sumbangan MAFI Prihatin ini juga secara tidak langsung dapat membantu para petani yang mengalami masalah lebihan pengeluaran dan pemasaran ketika tempoh pelaksanaan ‘Total Lockdown’ dan pada masa yang sama dapat membantu golongan yang terkesan.

Sehingga kini, Sumbangan MAFI Prihatin melalui FAMA sahaja telah menyalurkan hampir 26.5 tan metrik yang berbentuk hasilan pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Antara komoditi yang disumbangkan pada kali adalah labu manis, timun hijau, cili merah, pisang berangan, betik, nangka madu dan jambu batu.

Popular

300 Frontliner di Pusat Pemberian Vaksin Mega WTC KL terima sumbangan MAFI Prihatin melalui FAMA.

Editor FAMA

KHIDMAT PEMASARAN FAMA TERUS BANTU PETANI!!

Editor FAMA

“FRONTLINERS” DI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN MITEC & HOSPITAL SUNGAI BULOH DAPAT SUMBANGAN MAFI PRIHATIN

Editor FAMA