FAMA Agro TV
Berita

300 Frontliner di Pusat Pemberian Vaksin Mega WTC KL terima sumbangan MAFI Prihatin melalui FAMA.

300 FRONTLINERS DI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) MEGA WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR (WTCKL) TERIMA SUMBANGAN MAFI PRIHATIN
KUALA LUMPUR, 29 Julai 2021 – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini menyerahkan bantuan MAFI Prihatin kepada 300 orang frontliners di PPV Mega WTCKL.
Penyerahan bantuan MAFI Prihatin disampaikan oleh YBhg. Datuk Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA kepada YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam Bin Haji Ibrahim, Pengarah Eksekutif Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
Sumbangan berbentuk hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan ini merupakan kesinambungan program MAFI Prihatin yang merupakan inisiatif serampang dua mata di mana dapat membantu petani memasarkan lebihan hasilan pertanian mereka dan dalam masa sama dapat membantu rakyat yang terjejas akibat COVID-19.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg Datuk Zainal Abidin Bin Yang Razalli atas sumbangan MAFI Prihatin yang diberikan kepada para frontliners di PPV Mega WTCKL pada hari ini. Kesemua frontliners disini telah mengorbankan masa dan tenaga mereka setiap hari demi menyumbang kepada usaha untuk mencapai imuniti kelompok dan memvaksin seramai rakyat Malaysia yang boleh. Sebagai Ahli Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) saya berpendapat program MAFI Prihatin ini adalah sangat memberangsangkan dalam memberi ruang dan memberi manfaat kepada banyak pihak terutama sekali di dalam tempoh pandemik yang begitu mencabar ini. Manfaat ini kini turut dirasai oleh para frontliners di PPV Mega WTCKL dan ini sedikit sebanyak mampu untuk menaikkan semangat dan usaha mereka untuk meneruskan perjuangan dalam memerangi wabak COVID-19 ini.” kata Dato’ Sri Dr Haji Irmohizam bin Ibrahim.
Secara keseluruhannya, sejak 1 Jun hingga 18 Julai lalu, seramai 59,816 penerima menerima manfaat daripada MAFI Prihatin menerusi 264 program anjuran MAFI di seluruh negara melibatkan 10 buah jabatan dan agensi di bawahnya dengan mencapai nilai bantuan mencecah sehingga RM5.2 juta.
Zainal berkata, sehingga 27 Julai 2021, pelaksanaan MAFI Prihatin melalui FAMA sahaja, telah memberi manfaat kepada 25,172 orang di 114 lokasi seluruh negara dengan jumlah keseluruhan sebanyak 42.19 metrik tan makanan telah disalurkan.
Zainal juga berkata, selain program MAFI Prihatin, bagi memastikan kelangsungan rantaian bekalan serta pemasaran makanan, MAFI melalui FAMA juga telah mewujudkan 54 buah Pasar Segar Terkawal (PST) yang melibatkan seramai 2,315 usahawan tani di seluruh negara. Bagi tempoh 1 Jun – 27 Julai 2021, nilai jualan PST telah berjaya mencapai sebanyak RM71.18 juta.
Bagi memastikan kelancaran aktiviti pemasaran hasil pertanian semasa tempoh pelaksanaan PKP Total Lockdown, FAMA telah mewujudkan Bilik Gerakan (Crisis Management Centre) yang beroperasi pada pukul 8 pagi hingga 7 malam.

Popular

MAFI KOMITED GALAS TANGGUNGJAWAB DALAM MENERUSKAN SISTEM PENYAMPAIAN KERAJAAN

Editor FAMA

Lawatan Pengerusi FAMA ke Terengganu

Editor FAMA

Lawatan Pengerusi FAMA ke RTC Kelantan dan Pejabat FAMA Negeri Kelantan

Editor FAMA