FAMA Agro TV
Promosi

Sambal Pecal Kemah Boh

Jamilah Mansor Enterprise
Diasaskan oleh Puan Jamilah Binti Mansor bersama suami dan ahli keluarga sekitar tahun 1994, kini Syarikat Jamilah Mansor Enterprise merupakan syarikat yang berjaya mengeluarkan produk Sambal Kacang Pecal dan Sambal Ketupat & Satay hasil dari resepi tradisi keluarga. “Displin, Amanah dan Jujur” terus menjadi pegangan dalam menjalankan perniagaan disamping tidak berputus asa dalam menempuh cabaran dalam perniagaan.

Syarikat Jamilah Mansor Enterprise telah berjaya menambah cawangan kilang baru yang kedua di kawasan perindustrian Tasek, Ipoh bagi menampung permintaan yang tinggi terutama pada bulan ramadhan. Syarikat Jamilah Mansor terus berkembang bagi meningkatkan jumlah jualan serta meneroka pasaran baru di luar negara. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai produk Jamilah Mansor Enterprise boleh layari di www.jamilahmansor.com

Popular

Malaysia – Singapura: Dagangan Agromakanan

Editor FAMA

Mangsa Eksperimen Isteri

Editor FAMA

Institut Latihan FAMA Port Dickson – Video Promosi (Pertama)

Editor FAMA