FAMA Agro TV
Berita

MAFI KOMITED GALAS TANGGUNGJAWAB DALAM MENERUSKAN SISTEM PENYAMPAIAN KERAJAAN

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bertekad untuk menggalas tanggungjawab bagi meneruskan dan memastikan keutuhan dan kelancaran sistem penyampaian kerajaan dapat diteruskan dengan baik dan berkesan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan ikrar Perkhidmatan Awam dan saranan daripada YBhg. Ketua Setiausaha Negara baru-baru ini. MAFI melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persektuan (FAMA) memberi jaminan bahawa perkhidmatan pemasaran hasil pertanian dan produk industri makanan tetap diteruskan bagi memastikan kelangsungan rantaian bekalan makanan negara terlaksana di samping memastikan usahawan tani menjana pendapatan dalam mendepani pandemik Covid-19 ini. Ini adalah selaras dengan Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN) yang dirangka lebih holistik dan mampan bagi memperkukuh keselamatan makanan di semua peringkat rantaian makanan. DSMN bertepatan dalam menjamin tahap sekuriti makanan sentiasa berada dalam keadaan stabil dari aspek ketersediaan, mudah diakses, selamat dan mampu diperolehi rakyat sepanjang masa, dalam apa jua keadaan pada masa hadapan.

Popular

PENYERAHAN RICE ATM ANTARA SYARIKAT PHGLOCK VIETNAM KEPADA KERAJAAN MALAYSIA

Editor FAMA

MAFI Prihatin @ MINDEF

Editor FAMA

Walk About Tuan Nurulhisham Bin Yaakob, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis

Editor FAMA