KUALA LUMPUR 7 MAC 2023 – MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PAJAKAN DI ANTARA PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN BERSAMA BADAN-BADAN BERKANUN DI BAWAH SELIAAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN (KPKM)
Majlis ini bertujuan bagi memeterai perjanjian pajakan melibatkan Badan Berkanun Persekutuan di bawah KPKM bersama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galinan (JKPTG) di bawah NRECC.
Melalui perjanjian ini, semua Badan Berkanun Persekutuan di bawah KPKM dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan pertanian selaras dengan fungsi masing-masing demi kepentingan rakyat.
Perkara ini adalah selaras dengan agenda tata kelola yang baik atau good governance Kerajaan Perpaduan pada hari ini.
Untuk makluman, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di bawah NRECC adalah merupakan ‘custodian’ kepada tanah-tanah Persekutuan. Oleh itu, kerjasama di antara kedua-dua Kementerian amat penting bagi menjamin bekalan makanan negara.
Perjanjian yang dimeterai ini melibatkan 137 lot tanah Persekutuan yang dengan berkeluasan keseluruhan 5,696.49 ekar dan dengan nilai pajakan sebanyak RM281,121.37 setahun.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan bersama YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim.
Turut hadir YB Tuan Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha KPKM, YBhg. Dato’ Haji Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha NRECC, YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA dan pegawai-pegawai kanan KPKM dan NRECC.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#famadihatirakyat
#CukupDanTerjamin
#MalaysiaMADANI