17 Mac 2023 (Jumaat)
5.00 petang
Pasar Tani Putrajaya
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengadakan program Jualan Ramadan Madani di 103 outlet peruncitan terpilih seluruh negara seperti di Pasar Tani, Pasar Tani Kekal, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Medan Niaga Satok, Sarawak sempena kedatangan Ramadan.
FAMA dengan kerjasama usahawan akan memastikan ketersediaan bekalan agromakanan seperti telur ayam, ayam, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan komoditi lain akan mudah diperolehi oleh pengguna melalui rangkaian outlet peruncitan FAMA seperti di Pasar Tani, Agrobazaar Rakyat dan lain-lain, dimana akan dijual dengan harga berpatutan.
Aktiviti jualan tersebut akan diadakan tujuh hari sebelum menjelangnya Ramadan bagi memudahkan pengguna mendapat bekalan dan ianya adalah merupakan program jualan tahunan khas FAMA setiap kali menjelang Ramadan, produk yang dipasarkan nanti adalah merupakan barang keperluan musim perayaan seperti daging, ayam, sayur, ketupat, daun palas dan produk industri kecil sederhana seperti serunding serta kerepek.
Pelancaran Program Jualan Ramadan Madani di Pasar Tani Putrajaya merupakan pelancaran peringkat kebangsaan dan antara pengisiannya adalah pelancaran kombo Madani yang mengandungi komoditi buah-buahan, sayur-sayuran dan produk runcit serta agihan bubur lambuk.
Program ini telah dilancarkan oleh Encik Abdul Rashid bin Bahri, Pemangku Ketua Pengarah FAMA. Turut hadir, Datoβ Haji Mohamad Mustahapa bin Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA.
#KPKMMalaysia
#famadihatirakyat
#JualanRamadanMADANI
#intervensifama
#CukupDanTerjamin
#MalaysiaMADANI