Jualan Agro MADANI memberi kelegaan buat penduduk sekitar Lembah Klang kerana harga yang ditawarkan murah 30 peratus berbanding pasaran biasa sekaligus mengurangkan perbelanjaan harian mereka.
Program yang dilaksanakan sejak April tahun ini, merupakan kerjasama strategik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).