ðð ððððð ðððð | ððððððððððð ð
ðððð :
ðððððððððððð ððððððð ðððððð ðððððððð ðððððð | ððððð ððððð, ððððð ðððððð
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, hari ini hadir menyampaikan ucaptama pada Ministerial Forum Mengenai Keterjaminan Makanan Negara 2023 di Auditorium INTAN, Bukit Kiara.
Ministerial Forum ini dianjurkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi membincangkan isu, cabaran dan hala tuju dasar serta strategi pelaksanaan program keterjaminan makanan negara secara berkesan, terarah dan mampan berlandaskan aspirasi Malaysia MADANI.
Antara perkara yang dibincangkan para panel menerusi forum ini ialah peranan kerajaan dalam meningkatkan keterjaminan makanan, peranan institusi akademik dalam mempromosikan keterjaminan makanan, bagaimana badan berkaitan kerajaan dan sektor swasta berhadapan dengan isu keterjaminan makanan dan faktor kejayaan serta cabaran yang dihadapi oleh pemain industri dalam rantaian bekalan bagi membantu meningkatkan keterjaminan makanan.
Forum ini turut menjadi platform berkongsi informasi tentang dasar dan inisiatif yang sedang dilaksanakan Kerajaan ke arah meningkatkan keterjaminan makanan negara serta memupuk jalinan kerjasama dan rangkaian yang kukuh antara sektor kerajaan dan bukan kerajaan dalam menjamin kelestarian dan keterjaminan makanan negara.
Ministerial Forum Mengenai Keterjaminan Makanan Negara 2023 ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai lebih 500 orang peserta daripada seluruh Malaysia.
Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin éæģįžĢ
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#FAMAdiHatiRakyat
#JikaTergangguKamiAda