ðððððð ðððð ðððððð @ ððððð
ðð ðð ðĻðŽ ðððð (ððŪðĶððð)
ð.ðð ððð ðĒ
ððð§ð ðŽððĐðŪðŦðĒ ðð§ððĻðŦðŦð, ðððĶðð§ ððŦðĒ ððŪðð
Jualan Agro MADANI merupakan penjenamaan semula kepada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui tiga Agensi Pelaksana iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan hadir ke Jualan Agro Madani @ Klang bagi melihat sendiri pengoperasian dan beramah mesra bersama pengunjung.
Pelaksanaan program Jualan Agro MADANI akan sentiasa dipantau dan diperluaskan selaras dengan hasrat Kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat dengan kos sara hidup yang masih tinggi.
KPKM melalui agensinya sentiasa komited dan berusaha mengutamakan agenda kesejahteraan rakyat meskipun berdepan pelbagai cabaran. Justeru, KPKM bersedia mengambil sikap terbuka bagi menambah baik segala aspek dalam usaha memperkukuh sektor agromakanan dan keterjaminan makanan negara.
Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA dan YBrs. Encik Abd Rahman Bin Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA.
Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin éæģįžĢ
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#FAMAdiHatiRakyat
#JikaTergangguKamiAda