FAMA TV
Uncategorized

Perasmian Pavilion KPKM Sempena Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2023

12 September 2023 | Selasa | 11:30 pagi | Sekitar Majlis Perasmian Pavilion Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sempena Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2023
12 September 2023 – YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan hadir merasmikan Pavillion KPKM @ MIHAS 2023 yang bermula pada 12 – 15 September 2023 di MITEC, Kuala Lumpur hari ini.
MIHAS merupakan pameran terbesar di dunia untuk sektor halal. MIHAS telah menjadi acara untuk perniagaan tempatan dan antarabangsa. Program ini juga berkembang maju dalam sektor perdagangan halal dan menyumbang secara tidak langsung khususnya kepada ekonomi Halal global.
Program ini turut dapat memberi peluang kepada pemain industri halal untuk mempamerkan produk mereka, melancarkan produk halal baharu dan meningkatkan keberadaan jenama halal kepada industri. Ini dapat memperluaskan lagi pasaran produk-produk keluaran industri agromakanan dan produk segar tempatan ke pasaran dalam dan luar negara.
Sebanyak 26 orang usahawan telah menyertai Program MIHAS pada tahun ini dengan sasaran nilai jualan sebanyak RM 50 juta.
#MIHAS2023
#ThinkHalalThinkMIHAS
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#famadihatirakyat
#FAMA58Tahun
#fama58

Popular

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐄𝐃𝐈𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊А

FamaTV Systems

Sembang Petai Episode 1

FamaTV Systems

Program Tranformasi Minda (PTM) FAMA Tahun 2025

FamaTV Systems

Leave a Comment