FAMA TV
Uncategorized

KEJOHANAN BOLA TAMPAR PIALA PENGERUSI FAMA 2023

16 November 2023 (Khamis)
9.00 Pagi
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak.
Bola Tampar merupakan suatu permainan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan teras Negara. Menyedari hakikat ini, Kelab Sukan Dan Kebajikan FAMA telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat muda dengan menganjurkan pertandingan Kejohanan Bola Tampar Tertutup Piala Pengerusi FAMA bagi semua kakitangan.
la dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan Pelan Kecergasan FAMA 2020 – 2025 untuk melahirkan kakitangan yang seimbang dari segi aspek jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.
16 pasukan yang mewakili setiap negeri dan peringkat Ibu Pejabat telah mengambil tempat dalam merebut Piala Pengerusi FAMA 2023 ini. Kejohanan dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan diikuti dengan perlawanan jemputan iaitu pasukan TPK vs pasukan PFN.
Pasukan FAMA Ibu Pejabat Team A muncul Johan setelah menewaskan pasukan FAMA Negeri Pahang di perlawanan akhir. Tempat ketiga pula jatuh kepada pasukan FAMA Negeri Johor setelah menewaskan pasukan FAMA Ibu Pejabat Team FAMA B.
Acara ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA. Hadir sama YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Puan Rosilawati binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), YBrs. Encik Abd Rahman bin Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA dan YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA.
Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈æģ“įžĢ
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#PialaPengerusiFAMA2023
#KelabSukanKebajikanFAMA
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#FAMAdiHatiRakyat
#JikaTergangguKamiAda

Popular

𝐌𝐚ðĢðĨðĒ𝐎 𝐏𝐞ðŦ𝐚𝐎ðĶðĒ𝐚𝐧 𝐊𝐚ðŦ𝐧ðĒðŊ𝐚ðĨ 𝐉ðŪ𝐚ðĨ𝐚𝐧 𝐀𝐠ðŦðĻ 𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧ðĒ 𝐍𝐞𝐠𝐞ðŦðĒ 𝐌𝐞ðĨ𝐚ðĪ𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔

FamaTV Systems

Seminar Kebangsaan Amalan Pertanian Baik (APB) Tahun 2026

FamaTV Systems

𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐁𝐀𝐙𝐀𝐀𝐑 𝐓𝐎𝐋 𝐋𝐀𝐌𝐀

FamaTV Systems

Leave a Comment