FAMA TV
Uncategorized

Lawatan Kerja YBrs Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli ke Outlet Pemasaran di Perlis

21 Disember 2023 | Khamis | Lawatan Kerja YBrs Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli ke pusat penyelidikan dan penghasilan benih serta pusat pemprosesan jagung bijian Green World Genetics (GWG) yang terletak di Ulu Pauh Perlis.
Lawatan ini bertujuan untuk jalinan kerjasama antara FAMA dan GWG untuk memperkasakan lagi industri pertanian di negeri Perlis disamping melihat sendiri projek tanaman yang diusahakan oleh syarikat GWG seluas 35 hektar melibatkan komoditi Jagung Bijian, Betik dan Jagung Manis.
| YBrs Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA turun padang melawat ke Pusat Agropelancongan (House Of Mango) yang diusahakan oleh Koperasi YA Harumanis di Kg Baru Panggas.
Dalam lawatan itu, beliau telah diberikan taklimat persediaan menghadapi musim pengeluaran harumanis oleh En. Asri Bin Yusof, Pengerusi Koperasi YA Harumanis.
Koperasi YA Harumanis telah menerima geran Pusat Agropelancongan yang bernilai RM 115,000.00 pada tahun ini dan bakal menjadi destinasi pilihan pelancong sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025.
Selain itu, beliau turut dibawa melihat ke kawasan tanaman harumanis bagi melihat sendiri keadaan pokok harumanis yang akan tiba pengeluarannya tidak lama lagi.

Popular

Siti Suhana Bauhulu Sendeng & Popcorn

FamaTV Systems

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐒𝐘𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇

FamaTV Systems

Program Jualan Agro MADANI (JAM) Pra Syawal

FamaTV Systems

Leave a Comment