FAMA TV
Uncategorized

JAM EDISI PERLIS & KEDAH @ IBU PEJABAT

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI EDISI PERLIS & KEDAH, IBU PEJABAT FAMA 2024
26 April 2024 (Jumaat)
Ibu Pejabat FAMA
Program Jualan Agro MADANI merupakan inisiatif penjenamaan semula Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang dilaksanakan oleh KPKM melalui FAMA, LPP, dan LKIM di seluruh negara. Program ini bertujuan membantu rakyat memperoleh produk segar dengan mudah pada harga berpatutan dengan mengurangkan lapisan perantara pasaran sehingga 10%-30% untuk barangan pertanian segar terpilih seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, telur, dan ikan, yang merupakan keperluan asas.
Edisi istimewa kali ini menumpukan kepada keunikan Negeri Perlis dan Negeri Kedah dengan penawaran istimewa Buah Harumanis, Produk IMAT, Kombo MADANI (Happy Hour), promosi barangan segar, dan pertunjukan tarian kebudayaan.
Penganjuran Program Jualan Agro MADANI Edisi Perlis & Kedah, Ibu Pejabat FAMA 2024 telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA. Beliau sempat melihat kemeriahan di sekitar tapak program serta beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung.
Turut hadir dalam program ini adalah YBrs. Puan Rosilawati Binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA dan YBrs. Encik Faisal Iswardi Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA.
” 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 & 𝐈𝐧𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 : 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧”
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#FAMANegeriPerlis
#FAMANegeriKedah
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda

Popular

Seminar Kebangsaan Amalan Pertanian Baik (APB) Tahun 2026

FamaTV Systems

𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐁𝐀𝐙𝐀𝐀𝐑 𝐓𝐎𝐋 𝐋𝐀𝐌𝐀

FamaTV Systems

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍

FamaTV Systems

Leave a Comment