๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
7 Jun 2024
8.45 malam
Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melancarkan Program Agromarketing Masterclass: TikTok Shop Edition, sebuah inisiatif strategik yang bertujuan memperkasakan usahawan agromakanan tempatan dengan memanfaatkan platform e-dagang yang semakin popular, TikTok Shop.
Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara FAMA dan TikTok Shop, dengan objektif utama untuk meningkatkan pendapatan golongan sasar melalui pemasaran digital. Program ini juga bertujuan untuk mempelbagaikan akses pasaran, memberikan latihan dan sokongan, menggalakkan inovasi dalam pemasaran agromakanan, serta melibatkan golongan muda dalam sektor ini.
Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. En. Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA. Turut hadir En. Tony Lim Chee Seng, General Manager Business Development, City Link Express dan Pn. Nur Azre Binti Abdul Aziz, Head of Strategic Partnership, Tik Tok Shop.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#PendidikanPemasaranFAMA
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda