MAJLIS PERASMIAN DAN MESYUARAT AGUNG ALUMNI FAMA MALAYSIA KALI KE-4
24 Jun 2024 (Isnin)
10.00 pagi
Dewan Bunga Raya, Ibu Pejabat FAMA
Seramai hampir 50 orang ahli Persatuan Alumni FAMA Malaysia telah hadir untuk mengikuti majlis perasmian dan seterusnya bermesyuarat bagi kali ke-4. Kehadiran ahli adalah secara fizikal dan juga diadakan menerusi pautan Google Meet.
Perasmian dimulakan dengan ucapan dari YBhg. Dato’ Ahmad Bin Ishak, Pengerusi Alumni FAMA dan diikuti ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA. Turut hadir, YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA.