FAMA TV
Uncategorized

Program Ziarah Kasih Bersama Ketua Pengarah FAMA Sempena Program Santuni Madani

16 Ogos 2024 | Jumaat | Program Ziarah Kasih Bersama Ketua Pengarah FAMA Sempena Program Santuni Madani Di Kg. Parit Jarum Tengah, Tangkak, Johor

Pagi ini, saya memulakan Program ziarah kasih ini dengan menunaikan solat subuh berjemaah dan tadarus Al-Quran bersama kariah Surau Al-Huda, Kg. Parit Jarum Tengah, Bukit Gambir. Selepas itu, Program diteruskan dengan penyerahan bakul sumbangan kepada 30 asnaf yang memerlukan sebagai salah satu usaha untuk meringankan beban mereka.

Selain itu, program hari ini turut diisi dengan Jualan Agro Madani dan Jualan Kasih Johor yang menawarkan pelbagai hasil tani serta produk tempatan kepada penduduk setempat. Usaha ini bukan sahaja membantu meningkatkan ekonomi kampung, tetapi juga menyokong usahawan tempatan yang gigih berusaha.

Di samping itu, Konvoi Merdeka turut diadakan sebagai simbolik kepada semangat patriotisme menjelang Hari Kemerdekaan. Program diakhiri dengan melawat projek-projek usahawan di kampung ini. Lawatan ini amat penting untuk mengenal pasti potensi serta cabaran yang dihadapi oleh usahawan-usahawan dan seterusnya mencari jalan untuk membantu mereka berkembang.

Untuk makluman, Program Santuni MADANI ini adalah cetusan idea YAB Perdana Menteri Malaysia dimana matlamatnya adalah untuk mengenal pasti dan menyelesaikan isu-isu sosioekonomi di kampung-kampung seluruh negara, tanpa mengira perbezaan fahaman politik, agama atau kaum

Popular

Seminar Kebangsaan Amalan Pertanian Baik (APB) Tahun 2026

FamaTV Systems

𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐁𝐀𝐙𝐀𝐀𝐑 𝐓𝐎𝐋 𝐋𝐀𝐌𝐀

FamaTV Systems

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍

FamaTV Systems

Leave a Comment