FAMA TV
Uncategorized

LAWATAN YMM RAJA PEREMPUAN KELANTAN TENGKU ANIS BINTI ALMARHUM TENGKU ABDUL HAMID KE MAHA 2024

Hari Keenam MAHA 2024 | 16 September 2024

LAWATAN YANG MAHA MULIA RAJA PEREMPUAN KELANTAN TENGKU ANIS BINTI ALMARHUM TENGKU ABDUL HAMID KE MAHA 2024

Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid berkenan mencemar duli mengunjungi MAHA 2024 pada hari ini.

Sepanjang lawatan, YMM Tengku Anis melawat Kingdom of Agrofood, Florikultur dan mengunjungi Pavilion Negeri Kelantan. YMM Tengku Anis turut melawat Laman Perikanan yang menampilkan Sistem Akuakultur Pintar – Vivarium serta Laman Sayur-Sayuran & Herba yang mempamerkan teknologi Pertanian Pintar dan Penuaian Sayur.

Selain itu, YMM Tengku Anis berkenan melawat Laman Agro – Food Ternakan dan menerima Mock Cheque Set Bioflot – Masjid D’Raja Tengku Aziza sumbangan AgroBank serta menerima cenderahati daripada Sekretariat MAHA 2024 dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Lawatan ini menggambarkan keprihatinan YMM Tengku Anis terhadap kemajuan agroindustri serta inovasi pertanian di negara ini.

#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#CukupDanTerjamin
#100TahunMAHA2024
#MAHA2024
#JiwaMerdeka

Popular

Siti Suhana Bauhulu Sendeng & Popcorn

FamaTV Systems

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐒𝐘𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇

FamaTV Systems

Program Jualan Agro MADANI (JAM) Pra Syawal

FamaTV Systems

Leave a Comment