𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄 𝐉𝐄𝐌𝐏𝐎𝐋, 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍
𝟐𝟎 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐀𝐡𝐚𝐝) | 𝐉𝐞𝐦𝐩𝐨𝐥, 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧
Hari ini, saya berkesempatan hadir di Jempol, Negeri Sembilan bersama pegawai-pegawai FAMA untuk melihat aktiviti perniagaan yang dijalankan di Pasar Tani di sini. Setibanya saya di Pasar Tani Batu Kikir, saya disambut oleh Ketua Balai Batu Kikir dan seterusnya kami dibawa untuk melawat aktiviti Jualan AgroMADANI yang dijalankan.
Seterusnya sesi lawatan saya ke Pasar Tani Bandar Sri Jempol, yang sedang dalam perancangan untuk dinaik taraf infrastuktur bangunan dan pejabat. Saya telah mencadangkan agar program-program sedia ada dapat diperluaskan untuk merancakkan lagi aktiviti perniagaan di sini.
Pada akhir lawatan ini, saya tiba di kilang memproses makanan Sukur Food & Chip Enterprise di Felda Raja Alias, Jempol yang diusahakan oleh En Sukur tetapi kini diuruskan oleh anaknya, Encik Muhammad Faiz sebagai pengarah urusan. Di sini, saya dibawa untuk melihat mesin dan peralatan yang digunakan untuk proses menghasilkan makanan ringan seperti kerepek, muruku dan makanan ringan yang lain. Saya dan pengusaha juga membincangkan mengenai cabaran dalam pengeluaran produk, khususnya berkaitan bekalan bahan mentah yang tidak menentu.
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
FAMA Malaysia
#JikaTergangguKamiAda
#KPKMMalaysia
#CukupDanTerjamin
#MalaysiaMadani
#AgroMADANI
#famadihatirakyat
#famamalaysia
#TeamFAMA