FAMA TV
Uncategorized

Bengkel Amalan Pemasaran Baik Regerative Agriculture Komoditi Soya Non-GMO Dalam Negara

Bengkel Amalan Pemasaran Baik Regerative Agriculture Dan Eksplorasi Potensi Pembekalan Komoditi Soya Non-GMO Dalam Negara

30 Oktober 2024
Hotel Mercure, Selayang

Seramai 45 peserta terdiri daripada kakitangan FAMA Ibu Pejabat, Negeri dan Daerah telah menghadiri bengkel ini yang bertujuan untuk melihat potensi pembekalan komoditi agromakanan dengan kaedah Regenerative Agriculture yang membekalkan sumber makanan yang lebih bernutrisi di samping memelihara alam sekitar.

Bengkel yang berlangsung selama sehari di Hotel Mercure, Selayang ini telah membariskan empat panel penceramah jemputan iaitu Encik Chandra L Ramprakash, Seribu Bio-Systems Sdn. Bhd yang membawakan tajuk Regenerative Agriculture & Eksplorasi Potensi Pembekalan Komoditi Soya Non-GMO dalam Negara.
Seterusnya diikuti dengan Encik Mohd Hisyamuddin Ghazali, Pengerusi Koperasi Desa Lestari Kg Pulau Tengah Kelantan Bhd yang memberikan perkongsian pengalaman kaedah Regenerative Agriculture untuk penanaman padi.
Panel ketiga, Encik Michael Simon, Chief Farming Officer, Malaysian Aquaponics Research Centre Sdn Bhd, Founder, Homegrown Farms Sdn Bhd yang juga memberikan perkongsian pengalaman pembekalan sayur-sayuran organik.
Panel keempat Encik Arif Hafiz Ruslan, Cik Siti Tempe yang mengupas tajuk Penghasilan Produk Hiliran daripada Kacang Soya Terengganu.

Usai sesi pembentangan dari panel-panel jemputan, bengkel diteruskan dengan sesi soal jawab bersama YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA dan Panel Penceramah.

Hadir sama, YBrs. Puan Rosilawati binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi).

โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#FAMA59Tahun

Popular

Kunjungan Hormat YAS Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

FamaTV Systems

Majlis Perhimpunan Setia Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Selangor 2024

FamaTV Systems

PERASMIAN KARNIVAL JUALAN AGRO MADANI MEGA NEGERI PAHANG 2024

FamaTV Systems

Leave a Comment