FAMA TV
Uncategorized

Program Kecergasan CDA ke Gua Wang Buma

SINERGI FAMA, JABATAN PERHUTANAN DAN APM NEGERI PERLIS: PROGRAM KECERGASAN CDA

FAMA Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan APM Negeri Perlis telah menganjurkan Program Kecergasan CDA bersempena Lawatan Kerja YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, ke Negeri Perlis. Program ini melibatkan eksplorasi Gua Wang Burma sejauh 3 kilometer, yang disertai oleh seramai 60 orang kakitangan. Aktiviti ini dipimpin oleh En. Ramli bin Mat Hashim, Pengawas Hutan, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.

Tujuan penganjuran program ini adalah untuk membudayakan aktiviti kecergasan sebagai amalan gaya hidup sihat, di samping menggalakkan semangat berpasukan dalam kalangan kakitangan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara kakitangan dan pengurusan tertinggi FAMA, yang dapat dipraktikkan dalam tugas harian.

Eksplorasi ini berjaya disempurnakan oleh semua peserta walaupun laluan yang ditempuhi amat mencabar dan menguji kekuatan mental serta fizikal. Kejayaan ini membuktikan komitmen peserta dalam menjayakan objektif program.

Turut hadir dalam program ini ialah YBrs. En. Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA,YBrs. En. Shahrizan Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Tn. Haji Isa bin Hamzah, Pengarah Kanan PIP FAMA, En. Azhar bin Jamaluddin, Pengarah Bahagian PKP dan En. Mohd Anzara bin Azizan, Pengarah FAMA Negeri Perlis.

Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#FAMA59Tahun

Popular

Seminar Kebangsaan Amalan Pertanian Baik (APB) Tahun 2026

FamaTV Systems

𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐁𝐀𝐙𝐀𝐀𝐑 𝐓𝐎𝐋 𝐋𝐀𝐌𝐀

FamaTV Systems

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍

FamaTV Systems

Leave a Comment