๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐-๐๐๐๐
๐๐ ๐๐จ๐ฏ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ (๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐)
๐.๐๐ ๐๐๐ ๐ข
๐๐ฎ๐ฌ๐๐ญ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐ซ๐จ๐ฌ๐๐ฌ ๐๐๐ค๐๐ง๐๐ง ๐
๐๐๐ ๐๐ฎ๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐จ๐ซ
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengadakan Majlis Pelepasan Pengedaran Kit Bantuan Makanan Bencana Negara bagi Monsun Timur Laut bagi tahun 2024/2025 di Pusat Memproses Makanan FAMA (PMMF) Kuala Selangor yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA.
Untuk fasa satu, sebanyak 34,550 unit Kit Bantuan Makanan dan 15,000 unit makanan sedia dimakan telah disedia dan diagihkan kepada mangsa bencana dan petugas di seluruh negara termasuk Terengganu, Kelantan, Pahang dan negeri-negeri lain yang berisiko tinggi.
Kit Bantuan Makanan ini terdiri daripada 12 jenis produk seperti emergency meals iaitu rendang ayam, kari ayam, ayam masak kicap dan pelbagai makanan segera lain yang dapat memenuhi keperluan mangsa bencana dalam situasi kecemasan.
Turut hadir YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, YBrs. Encik Shahrizan Bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), YBrs. Encik Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA dan YBrs. Encik Zamakhshari bin Hanipah, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#FAMA59Tahun