FAMA TV
Uncategorized

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEMARAK RAMADAN 1446H PASAR TANI PERINGKAT KEBANGSAAN

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Program Semarak Ramadan 1446H Pasar Tani Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Pasar Tani Putrajaya.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Isham Bin Ishak, Ketua Setiausaha KPKM dengan matlamat utama memperkukuhkan keterjaminan makanan serta memastikan bekalan hasil tani berkualiti dapat diperoleh pengguna dengan harga berpatutan sepanjang bulan Ramadan.
Sejajar dengan matlamat tersebut, Sambutan Semarak Ramadan Pasar Tani Malaysia tahun ini melibatkan penyertaan 262 lokasi di seluruh negara, merangkumi 222 Pasar Tani, 37 Pasar Tani Kekal, 2 Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan 1 Medan Niaga Satok (MNS). Program ini bertujuan menyediakan akses lebih luas kepada masyarakat untuk mendapatkan barangan keperluan harian bagi menghadapi bulan Ramadan, terutama bahan makanan segar dan produk asas tani, pada harga berpatutan di pelbagai lokasi strategik di seluruh negara.
KPKM dan FAMA berharap inisiatif seperti Program Semarak Ramadan 1446H Pasar Tani Peringkat Kebangsaan ini dapat membantu meningkatkan pendapatan usahawan
tani serta memberikan akses yang lebih luas kepada masyarakat untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan lebih mudah dan berpatutan.

Popular

PROGRAM KECERGASAN SEMPENA SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT IBU PEJABAT FAMA

FamaTV Systems

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 (𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍) KPKM 𝐊𝐄 𝐑𝐓𝐂 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍

FamaTV Systems

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐅𝐋𝐀𝐆 𝐎𝐅𝐅 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐊𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐋𝐀 𝐅𝐑𝐔𝐓𝐀 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈𝐄𝐒 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. 𝐊𝐄 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐑𝐃𝐀𝐍

FamaTV Systems

Leave a Comment