FAMA TV
Uncategorized

Program MyFood 2025 @ Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

MYFood 2025
24 April 2025
10.30 pagi
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Program MyFood 2025 membuka tirai pada 24 April 2025 (Khamis), jam 9.30 pagi sebagai sebuah platform strategik yang bertujuan memperkukuh keterjaminan makanan negara melalui pemerkasaan produk tempatan serta pengurangan kebergantungan terhadap makanan import.

Program ini berlangsung dari 24 hingga 26 April 2025, setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Ia menghimpunkan pemain industri makanan dan minuman tempatan dalam usaha memperluas jaringan pasaran, menjalin kerjasama strategik serta meningkatkan kesedaran pengguna terhadap kepentingan sumber makanan tempatan yang segar dan berkualiti.

Antara objektif utama program ini ialah Menghubungkan pengeluar makanan tempatan dengan pembeli utama dalam industri F&B seperti pemilik restoran dan kafe bebas, Mendidik pengusaha F&B tentang kelebihan mendapatkan bekalan daripada sumber tempatan, Menonjolkan kreativiti serta potensi pengeluar makanan tempatan ke pasaran yang lebih luas, Mempromosikan gaya pemakanan yang lebih sihat dan lestari; serta Menyokong rantaian bekalan makanan yang mampan bagi mengurangkan jejak karbon dan memelihara ekosistem makanan tempatan.

Selain itu, MyFood 2025 turut menjadi saluran penting dalam menyampaikan inisiatif dan insentif kerajaan bagi membantu pertumbuhan syarikat makanan tempatan serta memperkukuh pemahaman berkaitan dasar-dasar makanan dan pertanian negara.

Dengan penganjuran hari terbuka kepada orang ramai sepanjang program, MyFood 2025 juga berperanan meningkatkan permintaan terhadap produk tempatan sambil mendidik pengguna tentang manfaat menyokong industri makanan negara.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Turut sama hadir, YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswadi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) dan Puan Habibah binti Sulaiman, Pengarah Kanan, Galakan Pasaran & Kepenggunaan.

โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MyFood2025
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture

Popular

Program Karnival Industri Makanan Asas Tani (IMAT) @ Tapah

FamaTV Systems

Jualan Agro Madani Pra Syawal

FamaTV Systems

Program Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan 1446H/2025M @ Masjid Al-Falah, Rawang

FamaTV Systems

Leave a Comment