FAMA TV
Berita

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ (๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐) ๐…๐€๐Œ๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐…๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ (๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐) ๐…๐€๐Œ๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐…๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡
14 Mei 2025 | Pejabat FAMA Negeri Kedah
Susulan program inspirasi bersama warga kerja di Perlis, YBrs. Puan Rosilawati binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA meneruskan lawatan kerja rasmi ke Pejabat FAMA Negeri Kedah.
Kunjungan ini turut disertai oleh barisan pengurusan tertinggi FAMA dan disambut oleh lebih 100 pegawai serta kakitangan negeri dalam satu sesi bicarawara khas yang berlangsung dengan penuh semangat dan keterbukaan.
Dalam sesi tersebut, YBrs. Puan Rosilawati berkongsi pengalaman serta pandangan berkaitan cabaran perkhidmatan awam masa kini, di samping menekankan nilai-nilai utama seperti integriti, tanggungjawab, jati diri dan kesediaan berubah demi kecemerlangan organisasi.
Sesi bicarawara ini dimoderatorkan oleh Pengarah FAMA Negeri Kedah, YBrs. Encik Shaiful Azhar bin Zolkipli, yang berjaya mencorakkan suasana santai namun padat dengan input dan aspirasi bermakna buat warga kerja FAMA Kedah.
Turut hadir ialah YBrs. Puan Intan Suraya binti Ibeni Hajar, Pengarah Kanan Pengurusan Sumber Manusia dan YBrs. Encik Muhammad Razis bin Samsu, Pengarah Kanan Pentadbiran, FAMA Ibu Pejabat.
Secara keseluruhan, program ini menjadi medan perkongsian ilmu, pengukuhan nilai perkhidmatan dan semangat kerja berpasukan yang pastinya menyuntik motivasi baharu dalam kalangan seluruh warga FAMA Negeri Kedah.
โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Popular

Majlis Ibadah Korban 1446H2025M FAMA

FamaTV Systems

MAJLIS PRAPELANCARAN SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN (HPPNK) TAHUN 2025

FamaTV Systems

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—œ๐—•๐—”๐——๐—”๐—› ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก ๐—™๐—”๐— ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž

FamaTV Systems

Leave a Comment