PROGRAM BICARAWARA TIMBALAN KETUA PENGARAH (KHIDMAT PENGURUSAN) DI FAMA NEGERI PERAK
3 Jun 2025 | Selasa | RTC Perak
Satu Sesi Bicarawara telah diadakan bersama YBrs. Puan Rosilawati binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA bertempat di RTC Perak. Program ini diadakan bagi menyampaikan amanat serta berkongsi pengalaman dan aspirasi bersama warga kerja FAMA Negeri Perak.
Melalui program ini, warga kerja FAMA Perak diberi pencerahan berhubung hala tuju organisasi dan penekanan terhadap budaya kerja cemerlang dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat. Sesi ini juga menjadi wadah membina semangat dan memperkukuh komitmen warga kerja dalam mendukung misi dan visi agensi.
Program dimulakan dengan lawatan ke Pejabat FAMA Daerah Kinta, disusuli dengan ziarah ke kediaman pesara FAMA Negeri Perak sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka kepada agensi.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture