LAWATAN KERJA DAN PROGRAM BICARAWARA TIMBALAN KETUA PENGARAH (KHIDMAT PENGURUSAN) FAMA DI NEGERI JOHOR
๐
11 Jun 2025 (Rabu)
๐ 10.00 pagi
๐ Pejabat FAMA Negeri Johor
Program Lawatan Kerja dan Bicarawara bersama YBrs. Puan Rosilawati binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA telah diadakan pengisian pelbagai aktiviti bermakna sepanjang hari.
Program dimulakan dengan sesi Ziarah Kasih ke kediaman pesara FAMA Negeri Johor, Puan Hajah Kamsinah binti Othman di Kempas, Johor Bahru, yang kini mengalami lumpuh separuh badan sejak lapan tahun lalu. Dalam kunjungan ini, YBrs. Puan Rosilawati telah menyampaikan sumbangan berupa cenderahati dan keperluan harian seperti lampin pakai buang sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan terhadap jasa beliau. Turut hadir dalam ziarah ini ialah beberapa pesara FAMA Negeri Johor yang bersama-sama menyantuni rakan seperjuangan mereka.
Lawatan diteruskan ke Pasar Tani Kekal (PTK) Datin Halimah, di mana YBrs. Puan Rosilawati berkesempatan meninjau operasi pasar tani, beramah mesra dengan para usahawan serta berinteraksi bersama pengunjung. Pemantauan ini turut memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk mendengar pandangan dan maklum balas daripada pelaksana serta pelanggan FAMA di lapangan.
Seterusnya di Pejabat FAMA Negeri Johor, beliau telah melawat ke Bilik Gerakan dan menerima taklimat berkenaan pelaksanaan projek-projek FAMA di seluruh daerah negeri Johor, termasuk maklumat operasi, pencapaian semasa serta strategi pelaksanaan program untuk tahun 2024 dan 2025.
Sesi Bicarawara yang menjadi acara kemuncak yang dihadiri oleh pegawai dan kakitangan dari seluruh daerah di bawah pentadbiran FAMA Negeri Johor. Dalam sesi ini, YBrs. Puan Rosilawati menyampaikan amanat, berkongsi ilmu serta pengalaman berharga sebagai suntikan semangat kepada warga kerja. Beliau menekankan kepentingan integriti, komitmen dan keberkesanan dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat sejajar dengan misi dan aspirasi organisasi.
Turut hadir dalam program ini YBrs. Puan Intan Suraya binti Ibeni Hajar, Pengarah Kanan Pengurusan Sumber Manusia dan YBrs. Encik Faidz Afizi bin Mohamed, Pengarah FAMA Negeri Johor.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture