10 Jun 2025 (Selasa)
Ibu Pejabat FAMA, Selayang
Alhamdulillah, pada hari ini bersamaan 13 Zulhijjah 1446H, Persatuan Kebajikan Kakitangan Islam FAMA (PERKIF) dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran telah berjaya menganjurkan Program Sambutan Ibadah Korban 1446H/2025M yang berlangsung di Perkarangan Parkir Tingkat 3, FAMA Point. Sebanyak tiga ekor lembu telah dikorbankan.
Program ini bukan sahaja bertujuan melaksanakan ibadah korban, malah turut menjadi wadah memperkukuh silaturrahim dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga FAMA. Acara diserikan lagi dengan jamuan makan tengah hari yang menyajikan hidangan istimewa berasaskan daging korban, dan telah mendapat sambutan hangat daripada semua lapisan kakitangan.
Turut hadir, YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Puan Rosilawati Binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswardi Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA dan YBrs. Encik Shahrizan Bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) FAMA.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini, khususnya para penyumbang, petugas, dan semua warga FAMA yang hadir memeriahkan suasana. Semoga segala usaha dan pengorbanan ini diterima sebagai amal jariah dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture