Program Pengurusan Data Analitik Modul 3: Advance in Digital Technology
Program Pengurusan Data Analitik: Modul 3 bertemakan Advance in Digital Technology telah berjaya dilaksanakan pada 16 Jun 2025 bertempat di Dewan Bunga Raya. Program ini merupakan kesinambungan usaha strategik FAMA dalam memperkukuh kapasiti dalaman organisasi melalui penerapan teknologi digital dalam pengurusan data.
Modul yang padat dengan ilmu ini telah disampaikan oleh tokoh akademik tersohor, Prof. Datoโ Dr. Ir. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan di Monash University. Beliau juga merupakan bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (2019โ2022), dan kini berkhidmat sebagai Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM serta ahli Lembaga Gabenor universiti tersebut. Pengalaman beliau selama 22 tahun di Universiti Malaya, termasuk sebagai Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), memberikan perspektif bernas dalam menjayakan sesi pembelajaran ini.
Turut hadir mengikuti modul ini ialah YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswardi Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA dan YBrs. Encik Shahrizan Bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA.
FAMA yakin bahawa pembangunan kompetensi dalam bidang analitik data akan menjadi pemacu utama dalam melaksanakan keputusan berasaskan data dan teknologi pintar demi memacu kecemerlangan organisasi. Terima kasih kepada semua warga FAMA yang komited menyertai program ini.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture