FAMA TV
Uncategorized

ROAD TO HPPNK 2025 @ SOOK18 JULAI 2025 | PEKARANGAN TAPAK PARKIR FOOD COURT SOOK, SABAH

ROAD TO HPPNK 2025 @ SOOK
18 JULAI 2025 | PEKARANGAN TAPAK PARKIR FOOD COURT SOOK, SABAH

Program Road to Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 kini berlangsung di Pekarangan Tapak Parkir Food Court Sook, Sabah dengan tema “Kudrat Kami Menjamin Pertiwi.”

Daerah Sook dipilih sebagai lokasi penganjuran berdasarkan kekuatan ekonominya dalam sektor pertanian, perladangan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Ahli Parlimen P.182 Pensiangan, yang turut menyampaikan cek cura bagi Geran Pemilikan Jentera Pertanian Kecil, Geran Agropreneur Muda Scale-Up KPKM (Projek Tanaman Sayur Hidroponik) dan Geran Agrobazaar FAMA Sabah 2025.

Penganjuran ini melibatkan penyertaan 14 agensi dan rakan strategik serta 98 usahawan tani, dengan sasaran kehadiran melebihi 10,000 pengunjung.

Sebanyak 15 segmen utama diketengahkan, antaranya Agro Mellinea, Klinik Orang Muda, Robotic & IoT, Agro Madani dan Anugerah Ikon Belia Tani.

Pelbagai tarikan turut disediakan seperti Lebih 300 menu makanan tempatan, Jualan beras dan ayam segar pada harga promosi, Kombo Madani, Pesta buah-buahan, Jualan anak pokok eksklusif, Cabutan bertuah dan Persembahan artis dan pempengaruh tempatan.

Turut hadir memeriahkan program ialah YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBrs. Datuk Leonard Stephen Poyong, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, YBrs. Dato’ Wira Haji Mahfuz bin Haji Omar, Pengerusi LPP, Puan Caroline Benjamin Jiungan, Pegawai Daerah Sook, YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Encik Khalid bin Ibrahim, Setiausaha Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan, KPKM, YBrs. Tuan Haji Yuhaizad bin Abdullah, Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Popular

Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)

FamaTV Systems

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐙𝐔𝐌𝐁𝐀 𝐒𝐀𝐑𝐎𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 & 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍

FamaTV Systems

Program Pengurusan Data Analitik

FamaTV Systems

Leave a Comment