FAMA TV
Uncategorized

Program Jualan Agro MADANI @ Edisi Kelantan 2025

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐€๐†๐‘๐Ž ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ @ ๐„๐ƒ๐ˆ๐’๐ˆ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“
๐Ÿ“… 24 Julai 2025 (Khamis)
๐Ÿ•ข 7.30 pagi
๐Ÿ“ Ibu Pejabat FAMA, Bandar Baru Selayang
Program Jualan Agro MADANI @ Edisi Kelantan 2025 anjuran FAMA Negeri Kelantan telah berlangsung dengan penuh meriah di perkarangan Ibu Pejabat FAMA, Selayang.
Edisi kali ini merupakan penganjuran ketiga di Selangor dan berjaya menarik lebih 2,000 pengunjung dari sekitar Lembah Klang. Sebanyak 46 lot jualan disediakan dengan penglibatan 39 usahawan dari Negeri Kelantan yang menawarkan pelbagai produk agromakanan segar, jualan Kombo MADANI, serta hasil istimewa seperti tembikai dan jagung Kelantan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA.
Turut hadir YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Encik Shahrizan bin Sudirman, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi), YBrs. Puan Wan Faizatul Aniza binti Ismayatim, Pengarah FAMA Negeri Kelantan bersama pegawai kanan FAMA, kakitangan Ibu Pejabat serta warga kerja FAMA Negeri Kelantan.
Penganjuran ini selaras dengan hasrat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk memperluaskan jaringan pemasaran, mempromosi produk tempatan serta menawarkan penjimatan harga sehingga 10% hingga 30% kepada pengguna.
Menambahkan lagi kemeriahan, program turut diserikan dengan persembahan kebudayaan, kehadiran istimewa Irfan Mutiara Biru, serta pelbagai juadah tradisional Kelantan seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan Nasi Berlauk.
Terima kasih kepada warga Selayang atas sokongan padu.
Jumpa lagi di edisi akan datang!
โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture

Popular

Lawatan Kerja Pengerusi Dan Pengurusan Tertinggi (FAMA) Ke Pasar Borong Kuala Lumpur

FamaTV Systems

Montaj Persaraan Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA

FamaTV Systems

Montaj Rangkuman Program Bicarawara TKP(KP) Di Setiap Negeri

FamaTV Systems

Leave a Comment