MAJLIS PERASMIAN PENUTUP FAMA FEST 2025 @ SELANGOR DAN PELANCARAN KEMPEN LEBIHKAN MAKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN TEMPATAN PERINGKAT KEBANGSAAN
Program FAMA Fest 2025 @ Selangor yang telah berlangsung selama empat hari bermula pada 24 hingga 27 Julai 2025 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya. Majlis perasmian penutup telah diadakan di AEON Mall Bukit Tinggi, Klang dan telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Dalam ucapan perasmiannya, YB Menteri menyatakan harapan agar penganjuran program seumpama ini dapat merangsang minat masyarakat, khususnya golongan belia, untuk melibatkan diri secara aktif dalam sektor pertanian dan industri asas tani. Menurut beliau, sektor ini merupakan bidang yang sentiasa berkembang serta mampu menawarkan prospek kerjaya yang cerah dan mampan sekiranya diterokai dengan bersungguh-sungguh.
Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan dan Sayur-sayuran Tempatan Peringkat Kebangsaan yang bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan sihat dengan memperbanyakkan pengambilan hasil pertanian tempatan. Kempen ini juga merupakan antara langkah strategik Kerajaan dalam memperkukuh pengeluaran domestik serta mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan dari luar negara.
Selain itu, turut diadakan Majlis Pelepasan Produk Selangor ke Expo Malaysia Fest di Singapura, melibatkan sebanyak 14 syarikat usahawan dari Negeri Selangor. Sebanyak 162 jenis produk (Stock Keeping Unit/SKU) telah disenaraikan untuk pasaran antarabangsa, merangkumi pelbagai kategori seperti makanan kering, produk berasaskan coklat, makanan sejuk beku, snek, biskut dan minuman. Penyertaan ini disasarkan untuk mencapai nilai jualan keseluruhan berjumlah RM490,000 sepanjang tempoh penganjuran expo berkenaan di Singapura.
Turut hadir memeriahkan majlis YBhg. Datoโ Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN Selangor, YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBhg. Datoโ Wira Haji Mahfuz bin Haji Omar, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswadi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA serta YBrs. Tuan Haji Isa bin Hamzah, Pengarah FAMA Negeri Selangor.
Majlis turut dihadiri oleh para Pengarah Bahagian, Ketua-ketua dan pegawai daripada pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#FAMAFest2025Selangor
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture