FAMA TV
Uncategorized

Program Pengurusan Data Analitik

Program Pengurusan Data Analitik
11-13 Ogos 2025
Pusat Pengajian Pengurusan, USM

Program Pengurusan Data Analitik anjuran bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan seramai 60 orang pegawai pengurusan tertinggi dan profesional FAMA.

Turut hadir pada program tersebut YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBrs. En. Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, YBrs. En. Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA dan YBrs. Pn. Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA.

Program ini memberi fokus kepada pemantapan kemahiran membuat keputusan berasaskan data melalui empat sesi utama iaitu Management Insights: Decision Making in the Age of Chaos, Making Smart Decisions: Building a Data Culture in FAMA, Harnessing the Power of Smart Tech: A New Frontier for FAMA dan Leading FAMA with Purpose and Precision: The Bricolage Approach.

Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Noor Hazlina binti Ahmad, Dekan Pusat Pengajian Pengurusan USM, yang berkongsi kepakaran dalam bidang pengurusan strategik dan data analitik.

Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA Malaysia, yang menyatakan harapan agar ilmu yang diperoleh dapat memperkukuh budaya keputusan berasaskan data dalam organisasi.

โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture

Popular

Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)

FamaTV Systems

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐™๐”๐Œ๐๐€ ๐’๐€๐‘๐Ž๐๐† ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ & ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐

FamaTV Systems

GRADUATION CEREMONY OF THE CENTER FOR MANAGEMENT STUDIES PROFESSIONAL CERTIFICATION PROGRAM

FamaTV Systems

Leave a Comment