FAMA TV
Uncategorized

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐™๐”๐Œ๐๐€ ๐’๐€๐‘๐Ž๐๐† ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ & ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐™๐”๐Œ๐๐€ ๐’๐€๐‘๐Ž๐๐† ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ & ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐

๐Ÿ“… Tarikh: 19 Ogos 2025 (Selasa)
๐Ÿ“ Tempat: Perkarangan Parkir & Lobi Tingkat 1, Ibu Pejabat FAMA
๐ŸŽญ Tema: Sarong & Kenegaraan

Program Zumba Sarong Merdeka & Pemeriksaan Kesihatan anjuran Cawangan Pembangunan Modal Insan (PMI) telah berlangsung meriah bertempat di perkarangan parkir dan lobi tingkat 1, Ibu Pejabat FAMA.

Dengan tema Sarong dan Kenegaraan, program ini diserikan dengan kehadiran YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswadi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA, YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA serta YBrs. Puan Suraya Binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA.

Warga kerja FAMA juga bukan sahaja berpeluang menyertai aktiviti zumba dalam suasana kemerdekaan, malah turut mendapat manfaat daripada pemeriksaan kesihatan percuma termasuk pemeriksaan pergigian, ujian tekanan darah, gula dalam darah, indeks jisim badan serta saringan minda. Program ini juga lebih bermakna dengan penyampaian cenderahati kepada peserta yang menggayakan pakaian tema terbaik lelaki dan wanita.

Inisiatif ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah warga kerja, malah menyemarakkan semangat cintakan negara sambil memupuk kesedaran menjaga kesihatan.

โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture

Popular

Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)

FamaTV Systems

Program Pengurusan Data Analitik

FamaTV Systems

GRADUATION CEREMONY OF THE CENTER FOR MANAGEMENT STUDIES PROFESSIONAL CERTIFICATION PROGRAM

FamaTV Systems

Leave a Comment