๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
24 Ogos 2025
SLK Sport Center, Batu Caves, Selangor
Kelab Sukan dan Kebajikan FAMA (KSKF) telah berjaya menganjurkan Program Kecergasan dan Kecemerlangan FAMA โ Kejohanan Futsal Merdeka FAMA Tahun 2025 Peringkat Ibu Pejabat dengan penuh meriah.
Sebanyak 13 pasukan telah berentap penuh semangat bagi merebut kejuaraan. Bahagian Pentadbiran (ADMIN FC) muncul sebagai juara, diikuti oleh Bahagian Institusi Pasaran (REAL IP FC) selaku naib juara, manakala Bahagian Pasaran Produk Proses (PROSES UNITED) berjaya meraih tempat ketiga.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, manakala YBrs. Tn. Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA telah menyempurnakan penyampaian pingat kepada para pemenang.
Turut hadir, YBrs. Encik Faisal Iswadi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA, YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, serta YBrs. Puan Suraya Binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah bertanding. Semoga semangat kesukanan ini terus menyatukan warga FAMA dalam melahirkan budaya kerja yang cergas, cemerlang dan berdaya saing.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Kelab Sukan Dan Kebajikan FAMA
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda