FAMA TV
Uncategorized

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐€๐†๐‘๐Ž ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ โ€œ๐„๐ƒ๐ˆ๐’๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐๐†โ€

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐€๐†๐‘๐Ž ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ โ€œ๐„๐ƒ๐ˆ๐’๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐๐†โ€

โ€œ๐‘พ๐‘ถ๐‘ฏ ๐‘ณ๐‘จ ๐‘พ๐‘ฌ๐‘ฏโ€

๐Ÿ—“๏ธ 28 Ogos 2025 (Khamis)
๐Ÿ“ Pekarangan Parkir Tingkat 1, Bangunan FAMA Point
โฑ๏ธ7.30 Pagi-3.00 Petang

Program Jualan Agro Madani Edisi Pahang yang berlangsung di Pekarangan Parkir Tingkat 1, Bangunan FAMA Point telah membawa kemeriahan luar biasa dengan sambutan amat menggalakkan daripada warga setempat.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Tn. Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA bersama YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswadi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA, YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, YB. Puan Young Syefura Othman, Ahli Parlimen Bentong merangkap Ahli Lembaga Pengarah FAMA, serta YBrs. Pn. Rashiha binti Mamat, Pengarah FAMA Negeri Pahang bersama pegawai kanan FAMA, kakitangan Ibu Pejabat serta warga kerja FAMA Negeri Pahang.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada pengguna mendapatkan pelbagai pilihan barangan segar dan runcit dengan penjimatan sehingga 30% berbanding harga pasaran, malah turut membantu meringankan kos sara hidup rakyat. Pada masa yang sama, ia membuka ruang pasaran lebih luas kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan produk serta meningkatkan pendapatan.

Suasana program turut dimeriahkan dengan pelbagai tarikan antaranya jualan produk Industri Asas Tani daripada usahawan Pahang, sajian makanan popular negeri, jualan kraftangan serta pameran Tenun Pahang Diraja yang memukau pengunjung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada FAMA Negeri Pahang serta semua pihak yang berganding bahu menjayakan program ini. Sokongan padu anda menjadi penyuntik semangat untuk terus memperkukuh produk tempatan dan memperkasa usahawan.

โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
FAMA Negeri Pahang

#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture

Popular

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek/Program Pembangunan FAMA Negeri

FamaTV Systems

๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐…๐”๐“๐’๐€๐‹ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐…๐€๐Œ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ˆ๐๐” ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“

FamaTV Systems

Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)

FamaTV Systems

Leave a Comment