FAMA TV
Berita

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S A W PERINGKAT KEBANGSAAN 1447H 2025Mmp4

π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝐒𝐀𝐖 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡/πŸπŸŽπŸπŸ“πŒ
πŸ—“οΈ 5 September 2025
πŸ“ Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang
Alhamdulillah, Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M telah berlangsung dengan penuh keberkatan di MAEPS Serdang, bertemakan β€œMembangun Ummah MADANI”.
Majlis ini diserikan dengan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, yang berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan kepada penerima terpilih.
Sambutan ini turut dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
FAMA berasa amat berbangga apabila seramai 60 orang kakitangan turut serta dalam majlis ini sebagai tanda kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta semangat kebersamaan dalam membina Ummah Madani.
Turut hadir YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswadi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA dan YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA.
πŸ™ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga FAMA atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sepanjang sambutan ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi amal kebaikan serta sentiasa diberkati Allah SWT.

Popular

Majlis Perasmian FAMA Fest 2025 @Sabah

FamaTV Systems

Kempen β€œπ™‡π™šπ™—π™žπ™π™ π™–π™£ π™ˆπ™–π™ π™–π™£ 𝘽π™ͺ𝙖𝙝-𝘽π™ͺ𝙖𝙝𝙖𝙣 π™π™šπ™’π™₯𝙖𝙩𝙖𝙣, π™‹π™žπ™‘π™žπ™π™–π™£ π™π™šπ™₯𝙖𝙩 π˜½π™šπ™§π™ π™π™–π™¨π™žπ™–π™©β€

FamaTV Systems

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π πŒπ„πƒπ€π π€π†π‘πŽππ€π™π€π€π‘ π“πŽπ‹ ππ„π‘π“π€πŒπ€, π’π‹πˆπŒ 𝐑

FamaTV Systems

Leave a Comment