FAMA TV
Berita

KUNJUNG HORMAT YBHG. DATO’ SRI NORAZMAN BIN AYOB, TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (DASAR) KPKM KE FAMA

8 September 2025
Ibu Pejabat FAMA
FAMA berbesar hati menerima kunjung hormat YBhg. Dato’ Sri Norazman bin Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ke Ibu Pejabat FAMA. Kehadiran YBhg. Dato’ Sri telah disambut mesra oleh YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA bersama barisan pengurusan tertinggi.
Kunjungan ini disertai dengan taklimat peranan dan fungsi FAMA serta showcase konsep projek-projek RMK-13 FAMA yang memberi penerangan lebih jelas mengenai hala tuju serta inisiatif strategik agensi dalam memperkukuh rantaian pemasaran hasil pertanian negara.
Turut hadir, YBrs. Encik Faisal Iswadi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA dan YBrs. Puan Suraya Binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA.

Popular

FUNTASTIC WALK & PEMERIKSAAN KESIHATAN

FamaTV Systems

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S A W PERINGKAT KEBANGSAAN 1447H 2025Mmp4

FamaTV Systems

Majlis Perasmian FAMA Fest 2025 @Sabah

FamaTV Systems

Leave a Comment