Sambutan Ulang Tahun Pasar Tani ke-40 Peringkat Kebangsaan telah diraikan dengan penuh meriah di Pasar Tani Putrajaya, Presint 4, sekali gus menyaksikan perasmian rasmi Pasar Tani Putrajaya oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Majlis bersejarah ini turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, serta YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Lebih istimewa, sambutan kali ini turut mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) dengan formasi logo ulang tahun menggunakan 45,576 biji bahulu, melambangkan warisan, keunikan serta legasi usahawan Pasar Tani sejak penubuhannya empat dekad lalu.
Dengan semangat 40 tahun, Pasar Tani terus memainkan peranan sebagai platform utama dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara, memodenkan ekosistem pemasaran hasil tani serta memperkasa usahawan tempatan agar terus relevan dan berdaya saing untuk generasi masa hadapan.
Turut hadir sama, YBrs. Tn. Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA, YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, serta YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA bersama kepimpinan dan warga kerja FAMA.