FAMA TV
Uncategorized

Kunjungan Hormat Rasmi Gabungan Dewan Perniagaan & Perindustrian India Malaysia (MAICCI)

๐…๐€๐Œ๐€ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐†๐€๐๐”๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐€๐†๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐Œ๐€๐ˆ๐‚๐‚๐ˆ)

๐Ÿ“… 3 Oktober 2025 (Jumaat)
๐Ÿ“ Bilik Gerakan, Tingkat 4, Ibu Pejabat FAMA

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menerima kunjungan rasmi daripada Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) yang diketuai oleh YBhg. Datoโ€™ Seri Gobalakrishnan, Presiden MAICCI.

Kunjungan hormat ini telah disambut oleh YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, bersama-sama barisan pengurusan FAMA.

Pertemuan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan beberapa perkara penting, antaranya Peluang kerjasama strategik antara FAMA dan MAICCI, Pelaksanaan program bersama dalam pembangunan keusahawanan agro, Penyertaan usahawan India dalam ekosistem pemasaran hasil tani FAMA dan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Bersama FAMAโ€“MAICCI sebagai platform kolaborasi berterusan.

FAMA amat menghargai inisiatif ini sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik, memperluaskan peluang pasaran serta memastikan usahawan India turut sama menikmati manfaat daripada ekosistem pemasaran pertanian negara.

Komitmen ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkasa sektor agromakanan serta memastikan agenda keterjaminan makanan negara dapat dicapai dengan lebih inklusif dan menyeluruh.

โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Malaysian Associated Indian Chamber of Commmerce and Industry (MAICCI)
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#HarungiBersama
#OurFoodOurFuture

Popular

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ (๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐) KPKM ๐Š๐„ ๐‘๐“๐‚ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐

FamaTV Systems

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐…๐‹๐€๐† ๐Ž๐…๐… ๐๐„๐๐†๐„๐Š๐’๐๐Ž๐‘๐“๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐ƒ๐”๐Š ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐Š๐€๐“ ๐‹๐€ ๐…๐‘๐”๐“๐€ ๐…๐Ž๐Ž๐ƒ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ๐„๐’ ๐’๐ƒ๐. ๐๐‡๐ƒ. ๐Š๐„ ๐๐€๐’๐€๐‘๐€๐ ๐‰๐Ž๐‘๐ƒ๐€๐

FamaTV Systems

Selangor International Expo (SIE) 2025

FamaTV Systems

Leave a Comment