FAMA TV
Uncategorized

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ (๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐) KPKM ๐Š๐„ ๐‘๐“๐‚ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ (๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐)
๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐“๐„๐‘๐‰๐€๐Œ๐ˆ๐๐€๐ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐Š๐„ ๐‘๐“๐‚ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐

๐Ÿ—“๏ธ 10 OKTOBER 2025 (JUMAAT)
๐Ÿ“ RTC KELANTAN
Lawatan Kerja Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM Ke RTC Kelantan
YBhg. Datoโ€™ Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengadakan lawatan kerja ke RTC Kelantan bagi meninjau fasiliti, pelaksanaan program serta peranan pusat ini dalam memperkukuh jaringan ekonomi dan kesejahteraan komuniti setempat.

Lawatan ini turut disertai oleh YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA serta YBrs. Puan Wan Faizatul Aniza binti Ismayatim, Pengarah FAMA Negeri Kelantan. Turut sama hadir pegawai-pegawai FAMA dari Ibu Pejabat serta warga kerja FAMA Negeri Kelantan.

Dalam sesi tersebut, FAMA telah berkongsi mengenai fungsi, inisiatif dan peranan strategik agensi dalam menyokong pembangunan usahawan serta memperkukuh rantaian pasaran hasil tani tempatan. YBhg. Datoโ€™ Luqman turut meninjau pelaksanaan Jualan Agro Madani yang sedang berlangsung di perkarangan RTC Kelantan, yang menawarkan pelbagai produk segar terus daripada usahawan kepada pengguna pada harga berpatutan.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan KPKM dan FAMA dalam memperkasakan peranan RTC sebagai pusat pembangunan ekonomi bersepadu, seterusnya memperkukuh keterjaminan makanan dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#FAMAdiHatiRakyat
#SekuritiMakananNegara
#AgroMADANI
#CukupDanTerjamin
#OurFoodOurFuture

Popular

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐…๐‹๐€๐† ๐Ž๐…๐… ๐๐„๐๐†๐„๐Š๐’๐๐Ž๐‘๐“๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐ƒ๐”๐Š ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐Š๐€๐“ ๐‹๐€ ๐…๐‘๐”๐“๐€ ๐…๐Ž๐Ž๐ƒ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ๐„๐’ ๐’๐ƒ๐. ๐๐‡๐ƒ. ๐Š๐„ ๐๐€๐’๐€๐‘๐€๐ ๐‰๐Ž๐‘๐ƒ๐€๐

FamaTV Systems

Selangor International Expo (SIE) 2025

FamaTV Systems

Kunjungan Hormat Rasmi Gabungan Dewan Perniagaan & Perindustrian India Malaysia (MAICCI)

FamaTV Systems

Leave a Comment