FAMA TV
Uncategorized

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐…๐‹๐€๐† ๐Ž๐…๐… ๐๐„๐๐†๐„๐Š๐’๐๐Ž๐‘๐“๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐ƒ๐”๐Š ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐Š๐€๐“ ๐‹๐€ ๐…๐‘๐”๐“๐€ ๐…๐Ž๐Ž๐ƒ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ๐„๐’ ๐’๐ƒ๐. ๐๐‡๐ƒ. ๐Š๐„ ๐๐€๐’๐€๐‘๐€๐ ๐‰๐Ž๐‘๐ƒ๐€๐

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐…๐‹๐€๐† ๐Ž๐…๐… ๐๐„๐๐†๐„๐Š๐’๐๐Ž๐‘๐“๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐ƒ๐”๐Š ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐Š๐€๐“ ๐‹๐€ ๐…๐‘๐”๐“๐€ ๐…๐Ž๐Ž๐ƒ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ๐„๐’ ๐’๐ƒ๐. ๐๐‡๐ƒ. ๐Š๐„ ๐๐€๐’๐€๐‘๐€๐ ๐‰๐Ž๐‘๐ƒ๐€๐

๐Ÿ“ Shah Alam, Selangor
๐Ÿ—“๏ธ 9 Oktober 2025 (Khamis)

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini meraikan kejayaan Syarikat La Fruta Food Industries Sdn. Bhd. yang berjaya menembusi pasaran baharu di rantau Timur Tengah. Majlis Flag Off pengeksportan produk ke pasaran Jordan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA bersama YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA. Turut hadir, YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA, serta pegawai-pegawai kanan FAMA.

Produk berjenama Fruttose keluaran La Fruta kini berjaya menembusi pasaran Jordan dengan nilai eksport sebanyak USD 86,515.40 (anggaran RM364,316.35) melibatkan sembilan SKU produk topping berasaskan buah-buahan, termasuk nanas dan mangga. Kejayaan ini merupakan hasil penyertaan syarikat dalam pameran antarabangsa serta sokongan melalui program insentif eksport FAMA bagi pengukuhan penjenamaan produk di pasaran luar negara.

FAMA merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Syarikat La Fruta Food Industries Sdn. Bhd. atas pencapaian ini yang membuktikan keupayaan usahawan tempatan memperluas pasaran ke peringkat global. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan agromakanan Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture
#Fruttose #LaFruta
#AgromakananMalaysia

Popular

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ (๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐) KPKM ๐Š๐„ ๐‘๐“๐‚ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐

FamaTV Systems

Selangor International Expo (SIE) 2025

FamaTV Systems

Kunjungan Hormat Rasmi Gabungan Dewan Perniagaan & Perindustrian India Malaysia (MAICCI)

FamaTV Systems

Leave a Comment