FAMA TV
Uncategorized

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ โ€œ๐„๐Œ๐๐‘๐€๐‚๐„ ๐‚๐‡๐€๐๐†๐„: ๐„๐๐’๐”๐‘๐ˆ๐๐† โ€˜๐‘๐Ž๐”๐๐ƒ ๐–๐‡๐„๐„๐‹๐’โ€™ ๐•๐’ โ€˜๐’๐๐”๐€๐‘๐„ ๐–๐‡๐„๐„๐‹๐’โ€™ ๐–๐ˆ๐“๐‡๐ˆ๐โ€

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ โ€œ๐„๐Œ๐๐‘๐€๐‚๐„ ๐‚๐‡๐€๐๐†๐„: ๐„๐๐’๐”๐‘๐ˆ๐๐† โ€˜๐‘๐Ž๐”๐๐ƒ ๐–๐‡๐„๐„๐‹๐’โ€™ ๐•๐’ โ€˜๐’๐๐”๐€๐‘๐„ ๐–๐‡๐„๐„๐‹๐’โ€™ ๐–๐ˆ๐“๐‡๐ˆ๐โ€

๐Ÿ“… 14 โ€“ 16 November 2025
๐Ÿ“ Ancasa Hotel, Kuala Lumpur

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), melalui Cawangan Pembangunan Modal Insan (PMI) ini dirangka bagi memperkukuh budaya kerja yang lebih kreatif, responsif dan mampan. Pendekatan โ€œSquare Wheelsโ€ dan โ€œRound Wheelsโ€ diterapkan sebagai panduan untuk menilai semula amalan sedia ada dan mendorong warga kerja ke arah perubahan yang lebih progresif, seiring hasrat transformasi FAMA.

Program tiga hari ini melabuhkan tirainya dengan penyampaian sijil kepada pegawai FAMA oleh Tuan Haji Aminuddin bin Zulkifli, Pengerusi FAMA.

Turut sama menyempurnakan program ini YBrs. En. Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. En. Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA serta YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA.

Program ini telah berjaya dilaksanakan dan disertai oleh 39 pegawai FAMA (gred 12 ke atas) dari Ibu Pejabat dan Negeri, dengan bimbingan daripada Consultant/Master Trainer/Coach, Datuk Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor.

FAMA menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta serta penghargaan kepada pihak yang menjayakan program ini. Usaha memperkukuh keupayaan modal insan akan terus diperkasa demi memacu kecemerlangan organisasi.

โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#HarungiBersama
#OurFoodOurFuture

Popular

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐…๐„๐’๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐‡๐€๐‹๐€๐‹ ๐„๐Š๐’๐„๐Š๐”๐“๐ˆ๐… ๐ƒ๐€๐ ๐‡๐€๐‹๐€๐‹ ๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“๐Ž๐‘

FamaTV Systems

Program Jualan Agro Madani (JAM) Edisi Kedah 2025

FamaTV Systems

FAMA FUN RUN 60 TAHUN

FamaTV Systems

Leave a Comment