21 November 2025 | Majlis Perasmian Karnival Jualan Agro Madani Negeri Perlis telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis di Dataran Datoβ Sheikh Ahmad, Kangar.
Turut bersama dalam majlis berkenaan YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rusβsele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Tuan Haji Razali bin Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pertanian), YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dan YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA.
Penganjuran karnival selama 4 hari ini adalah untuk menyediakan luang pasaran untuk pengguna mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga yang lebih rendah dari pasaran selain luang pasaran tambahan untuk usahawan memperkenalkan dan mempromosikan produk keluaran negeri Perlis seterusnya menyokong Kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2026.
Sebanyak 98 lot jualan usahawan disediakan dengan sasaran kehadiran seramai 25,000 pengunjung sepanjang empat hari penganjuran. Karnival Jualan Agro MADANI ini tampil dengan konsep jualan berskala besar meliputi produk agro makanan termasuk barangan kawalan, produk segar dan keperluan asas terpilih. Melalui program ini, pengguna berpeluang menikmati penjimatan harga antara 10% hingga 30% lebih rendah berbanding harga pasaran setempat bagi komoditi terpilih.
Turut serta YBrs En Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, Pn Habibah binti Sulaiman, Pengarah Kanan Galakan Pasaran dan Kepenggunaan dan En Mohd Anzara bin Azizan, Pengarah FAMA Negeri Perlis.
βπππππππππ πππ πππππππππππ : ππππππ ππππππππβ
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysiay
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#FAMANegeriPerlis
#JomPakatPiPerlis
Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Abdul Rashid Bahri
Anzara Azizan
FAMA Malaysia
PASAR TANI FAMA Perlis – Offical page
Agrobazaar Online Perlis
https://www.youtube.com/watch?v=oW7bjPz2ekc

