FAMA TV
Uncategorized

Majlis Perasmian Karnival Medan Niaga Satok bersama Jelajah Pulau Pinang @ Sarawak

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐Œ๐„๐ƒ๐€๐ ๐๐ˆ๐€๐†๐€ ๐’๐€๐“๐Ž๐Š ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‰๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‡ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐† @ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š

29 November 2025 (Sabtu) – Majlis Perasmian Karnival Medan Niaga Satok bersama Jelajah Pulau Pinang @ Sarawak telah berlangsung dengan penuh meriah di Medan Niaga Satok hari ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hj. Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Industri Makanan) Sarawak.

Turut hadir pada majlis Perasmian hari ini YB Datoโ€™ Rashidi bin Zinol, Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar Pulau Pinang, YBhg. Tan Sri Khalid bin Ramli, Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP), Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, Datoโ€™ Norashiken binti Hj. Ishak, Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Dr. Syaharudiin Shah bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, Encik Mohd Hafiz bin Nurulhuda, Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang.

Turut hadir pada majlis Perasmian ini YBrs. En. Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. En. Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA, YBrs. Pn. Norsalawaty binti Abdul Kadir (Pengarah FAMA Negeri Sarawak).

Penganjuran Jelajah Pulau Pinang @ Sarawak merupakan antara usaha strategik memperluas jaringan pemasaran usahawan Pulau Pinang ke luar negeri. Objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan produk usahawan tempatan, selain membuka ruang pasaran baharu serta meningkatkan potensi jualan produk mereka melalui pendedahan di negeri-negeri lain.

Bagi siri jelajah kali ini, seramai 12 usahawan dari Pulau Pinang mengambil bahagian, menawarkan pelbagai produk termasuk makanan popular negeri Pulau Pinang serta produk industri makanan asas tani. Kehadiran mereka bukan sahaja mempelbagaikan pilihan kepada pengunjung Karnival Medan Niaga Satok, malah memberi pengalaman baharu dalam mengenali cita rasa dan inovasi produk dari Pulau Pinang.

Karnival ini dijangka dapat memperkukuh kerjasama dua hala antara Pulau Pinang dan Sarawak dalam pembangunan keusahawanan serta memperluas peluang pasaran untuk produk tempatan ke peringkat lebih tinggi.

โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

๐Ÿ”FAMA Pulau Pinang

Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture
#AgroMADANIPULAUPINANG
#JelajahPulauPinang
#JelajahPulauPinangSarawak

Popular

Perlawanan Megantara Bola Sepak antara Istana FC dengan FAMA FC

FamaTV Systems

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ โ€œ๐„๐Œ๐๐‘๐€๐‚๐„ ๐‚๐‡๐€๐๐†๐„: ๐„๐๐’๐”๐‘๐ˆ๐๐† โ€˜๐‘๐Ž๐”๐๐ƒ ๐–๐‡๐„๐„๐‹๐’โ€™ ๐•๐’ โ€˜๐’๐๐”๐€๐‘๐„ ๐–๐‡๐„๐„๐‹๐’โ€™ ๐–๐ˆ๐“๐‡๐ˆ๐โ€

FamaTV Systems

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐…๐„๐’๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐‡๐€๐‹๐€๐‹ ๐„๐Š๐’๐„๐Š๐”๐“๐ˆ๐… ๐ƒ๐€๐ ๐‡๐€๐‹๐€๐‹ ๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“๐Ž๐‘

FamaTV Systems

Leave a Comment