FAMA TV
Uncategorized

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐄𝐃𝐈𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊А

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐄𝐃𝐈𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊А

𝟏𝟖 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬)
𝐏𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐤𝐢𝐫 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝟏, 𝐈𝐛𝐮 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐅𝐀𝐌𝐀

Program Jualan Agro MADANI (JAM) Edisi Melaka 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 18 November 2025 di Pekarangan Ibu Pejabat FAMA, menghimpunkan pelbagai pengisian jualan dan aktiviti yang memberi manfaat langsung kepada rakyat serta usahawan agromakanan tempatan.

Program yang bermula seawal 7.30 pagi ini telah menarik kehadiran pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat yang mengambil peluang mendapatkan barangan keperluan harian pada harga munasabah melalui konsep jualan terus dari ladang.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Low Chee Leong, Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka. Turut hadir YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA serta YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA, YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA & YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA. Program turut dimeriahkan dengan tarian selamat datang, bacaan doa, gimik perasmian serta lawatan ke lot jualan usahawan, sekali gus memperlihatkan sokongan berterusan kepimpinan terhadap agenda pemasaran hasil agromakanan tempatan.

Sepanjang penganjuran, pelbagai produk segar, produk runcit, produk Industri Makanan Asas Tani (IMAT) dan makanan tempatan Melaka telah ditawarkan termasuk sayur-sayuran, buah-buahan tempatan, hasil laut, daging, serta aneka juadah tradisi seperti asam pedas, cendol dan pulut tetal. Antara tumpuan utama pengunjung ialah Kombo MADANI yang ditawarkan pada harga istimewa serta aktiviti jualan “happy hour” yang mendapat sambutan menggalakkan.

Penganjuran JAM Edisi Melaka ini bukan sahaja membantu meringankan kos sara hidup pengguna melalui penjimatan harga antara 10 hingga 30 peratus berbanding pasaran setempat, malah turut menjadi platform strategik kepada usahawan untuk meningkatkan jualan dan pendapatan tanpa penglibatan orang tengah. Secara tidak langsung, program ini menyokong pemerkasaan ekonomi domestik serta menggalakkan pengguna memilih produk agromakanan tempatan.

FAMA merakamkan penghargaan kepada semua agensi terlibat, usahawan serta pengunjung yang telah menjayakan Program Jualan Agro MADANI Edisi Melaka 2025. Pencapaian program ini mencerminkan komitmen berterusan FAMA dalam menjayakan agenda keterjaminan makanan negara dan memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.

“𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐊𝐋𝐔𝐒𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 : 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍”

#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#HarungiBersama
#OurFoodOurFuture

Popular

Seminar Kebangsaan Amalan Pertanian Baik (APB) Tahun 2026

FamaTV Systems

𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐁𝐀𝐙𝐀𝐀𝐑 𝐓𝐎𝐋 𝐋𝐀𝐌𝐀

FamaTV Systems

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍

FamaTV Systems

Leave a Comment