FAMA TV
Uncategorized

๐€๐Œ๐€๐๐€๐“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐, ๐Œ๐„๐Œ๐๐ˆ๐๐€ ๐ƒ๐€๐˜๐€ ๐“๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€

๐€๐Œ๐€๐๐€๐“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐, ๐Œ๐„๐Œ๐๐ˆ๐๐€ ๐ƒ๐€๐˜๐€ ๐“๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€

๐Ÿ“† 16 Januari 2026
๐Ÿ“ Dewan Serbaguna Wisma Tani, Putrajaya

PUTRAJAYA, 16 Januari 2026 โ€“ Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, hari ini menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Wisma Tani, Putrajaya. Amanat yang bertemakan โ€œMemperkukuh Kedaulatan Makanan, Membina Daya Tahan Negaraโ€ ini menekankan komitmen Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam memperkukuh kedaulatan makanan sebagai asas utama pembinaan daya tahan nasional.

Dalam ucapannya, YB Menteri menzahirkan kemajuan signifikan sektor pertanian negara sepanjang tahun 2025 hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik oleh Kementerian. Sektor agromakanan negara telah merekodkan nilai tambah sebanyak RM145.35 bilion, menyumbang 11.4 peratus kepada keseluruhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2025, jumlah perdagangan agromakanan negara mencatat nilai perdagangan luar negeri sebanyak RM126.31 bilion, dengan nilai eksport berjumlah RM48.74 bilion manakala import sebanyak RM77.57 bilion. Seiring dengan itu, imbangan perdagangan agromakanan negara menunjukkan prestasi yang semakin baik apabila jurang defisit berjaya dikecilkan kepada RM28.83 bilion, berbanding RM33.14 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Melangkah ke tahun 2026, Kementerian akan menerajui pendekatan Reverse Investment (Pelaburan Berbalik) bagi melindungi dan menjamin bekalan komoditi makanan kritikal negara yang memfokuskan kepada empat industri utama, iaitu ruminan (lembu), beras, susu serta benih dan baka. Penekanan turut diberikan kepada pemerkasaan pelaburan domestik sebagai pelengkap utama dalam meningkatkan kapasiti dan daya saing sektor agromakanan negara.

Majlis ini turut dihadiri YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha KPKM, YBrs. En. Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Tuan Haji Mohd Unit Bin Haji A. Bakar, Ahli Lembaga Pengarah FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA, YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA serta pegawai-pegawai kanan Kementerian, jabatan dan agensi.

โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้™ˆๆณ“็ผฃ
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture

Popular

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐€๐†๐‘๐Ž ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ @ ๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐๐”๐€๐‡-๐๐”๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐‘๐Œ๐”๐’๐ˆ๐Œ & ๐ƒ๐”๐‘๐ˆ๐€๐

FamaTV Systems

Perasmian Studio Fotografi FAMA Ibu Pejabat

FamaTV Systems

Sembang Petai Episode 2

FamaTV Systems

Leave a Comment