๐ ๐๐๐ค๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐
๐๐๐, ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐๐ง๐
Program Jualan Agro MADANI (JAM) Edisi Terengganu 2026 telah berlansung dengan jayanya bertempat di Pekarangan Ibu Pejabat FAMA, Selayang, sebagai kesinambungan kepada kejayaan penganjuran program ini di seluruh negara yang memberi manfaat langsung kepada rakyat serta usahawan agromakanan tempatan.
Sebelum ini, Program Jualan Agro MADANI Edisi Melaka yang telah dilaksanakan pada 18 Disember 2025 berjaya menerima sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai. Kejayaan penganjuran edisi terdahulu tersebut menjadi pemangkin kepada pelaksanaan JAM Edisi Terengganu 2026 dalam usaha memperluas capaian program kepada lebih ramai pengguna dan usahawan.
Program anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui agensinya iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ini bertujuan memastikan bekalan makanan segar yang mencukupi dan mampu milik, di samping membantu meringankan kos sara hidup rakyat melalui pendekatan jualan terus daripada pengeluar kepada pengguna.
Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini telah menarik kehadiran kira-kira 2,000 orang pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat yang mengambil peluang mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih jimat, khususnya produk agromakanan ikonik Negeri Terengganu.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA bersama YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA. Majlis ini turut disaksikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Unit bin Haji A. Bakar, Ahli Lembaga Pengarah FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) FAMA, YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA serta YBrs. Encik Muhamad Fadlee bin Hassan, Pengarah FAMA Negeri Terengganu, selain kehadiran pengarah kanan dan pegawai FAMA dari Ibu Pejabat dan negeri.
Penganjuran program ini mencerminkan sokongan berterusan kepimpinan FAMA dalam memperkukuh agenda pemasaran hasil agromakanan tempatan serta memperluas akses pasaran kepada usahawan.
Sepanjang penganjuran, pelbagai produk segar dan produk Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) telah ditawarkan termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, ayam, daging serta makanan popular Negeri Terengganu. Antara tarikan utama pengunjung ialah Jualan Kombo MADANI, jualan istimewa produk segar terpilih serta demonstrasi masakan tradisional Terengganu yang mendapat sambutan amat menggalakkan.
Program ini turut dimeriahkan dengan Jualan Istimewa Edisi Terengganu yang menampilkan hasil agromakanan ikonik negeri seperti Melon Manis Terengganu, Duku Terengganu, serta pelbagai makanan warisan termasuk keropok keping ikan tamban, sata, ketupat palas dan aneka juadah tempatan lain. Inisiatif ini bukan sahaja memberi peluang kepada pengguna mendapatkan produk berkualiti tinggi pada harga berpatutan, malah turut mempromosikan keunikan hasil pertanian dan makanan tradisi Negeri Terengganu.
Penganjuran Program Jualan Agro MADANI Edisi Terengganu 2026 bukan sahaja membantu meringankan kos sara hidup pengguna melalui penjimatan harga sehingga 30 peratus berbanding pasaran setempat, malah menjadi platform strategik kepada usahawan tempatan untuk meningkatkan jualan dan pendapatan tanpa penglibatan orang tengah. Secara tidak langsung, program ini menyokong pemerkasaan ekonomi domestik serta memperkukuh ekosistem pemasaran agromakanan negara.
FAMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua usahawan terlibat serta pengunjung yang telah menjayakan Program Jualan Agro MADANI Edisi Terengganu 2026. Kejayaan penganjuran ini mencerminkan komitmen berterusan FAMA dalam menjayakan agenda keterjaminan makanan negara serta memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้ๆณ็ผฃ
Aminuddin Zulkipli
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture

