𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 & 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐄𝐇𝐎𝐔𝐒𝐄 (𝐅𝐃𝐖)
30 Januari 2026 (Jumaat)
9.30 Pagi
Dewan Bunga Raya,
Bangunan FAMA Point
FAMA telah melaksanakan Majlis Penutupan Projek dan Penyerahan Sistem FAMA Data Warehouse (FDW), sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam agenda pendigitalan agensi.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, dan turut dihadiri oleh YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan), Dr. Shahiida binti Musa, Pengarah Kanan Bahagian Risikan dan Pemodenan Pasaran, Puan Aiada binti Abdul Rashid, Pengarah Kanan Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik serta Ts. Khairul Amri bin Yunus, Pengarah Syarikat Kometsoft (M) Sdn Bhd.
Pembangunan FDW yang bermula pada 5 Julai 2024 dan mencapai status Go-Live pada 31 Oktober 2025 merupakan langkah strategik dalam memperkukuh tadbir urus data serta menyokong pembuatan keputusan berasaskan fakta.
Sistem ini berperanan sebagai platform penyatuan data tunggal FAMA yang meningkatkan kecekapan pengurusan maklumat dan memacu transformasi budaya kerja berasaskan data ke arah kecemerlangan organisasi.

