FAMA TV
Uncategorized

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐€๐๐‚๐€๐‘๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ ๐๐€๐’๐€๐‘ ๐“๐€๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐€๐๐‚๐€๐‘๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ ๐๐€๐’๐€๐‘ ๐“๐€๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐

๐Ÿ“ Pasar Tani Taman Sri Andalas, Klang, Selangor
๐Ÿ“… 7 Februari 2026 (Sabtu) | โฐ 7.30 pagi

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah melancarkan Program Semarak Ramadan 1447H Pasar Tani Peringkat Kebangsaan sebagai inisiatif strategik dalam membantu orang ramai membuat persediaan awal menyambut bulan Ramadan, di samping memastikan akses kepada bekalan makanan yang mencukupi, berkualiti dan pada harga berpatutan.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Turut hadir YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA, YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA, YBrs. Hj. Isa bin Hj. Hamzah, Pengarah FAMA Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan, serta ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Antara pengisian utama program termasuk Jualan Kombo Promosi Agro MADANI, jualan turun harga, edaran kurma dan lawatan ke gerai-gerai jualan usahawan Pasar Tani. Majlis turut diserikan dengan gimik pelancaran melalui potongan buah kurma dan potongan bubur lambuk, diikuti edaran bubur lambuk kepada para pengunjung sebagai simbolik semangat berkongsi rezeki sempena ketibaan bulan Ramadan.

Program Semarak Ramadan bertujuan untuk Membantu pengguna mendapatkan bekalan keperluan Ramadan lebih awal pada harga berpatutan, Menyediakan akses mudah kepada produk segar dan hasil pertanian terus daripada pengeluar, Memperkasa pendapatan petani dan usahawan tempatan melalui penyertaan langsung dan Menawarkan promosi istimewa dan penjimatan kos sara hidup kepada pengguna.

Program ini akan berlangsung dari 7 hingga 18 Februari 2026 melibatkan 680 lokasi di seluruh negara, merangkumi 218 Pasar Tani, 37 Pasar Tani Kekal, 196 Agrobazaar Rakyat (ABR), 268 Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR), 2 RTC dan 1 Medan Niaga Satok, dengan sasaran nilai jualan RM50 juta.

Seiring dengan sambutan ulang tahun ke-41 penubuhan Pasar Tani pada 31 Januari 2026, program ini turut mencerminkan peranan berterusan Pasar Tani sebagai medan pertemuan pengeluar dan pengguna sejak diperkenalkan pada tahun 1985, sekali gus menyokong agenda keterjaminan makanan negara dan pembangunan ekonomi usahawan tani.

โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้™ˆๆณ“็ผฃ
Aminuddin Zulkipli
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#SemarakRamadan1447H
#PasarTani
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#KeterjaminanMakanan
#MalaysiaMADANI

Popular

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š & ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐…๐€๐Œ๐€ ๐ƒ๐€๐“๐€ ๐–๐€๐‘๐„๐‡๐Ž๐”๐’๐„ (๐…๐ƒ๐–)

FamaTV Systems

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐Ž๐”๐“๐‹๐„๐“ ๐Š๐Ž๐๐ˆ๐„๐’๐€๐“๐” ๐ƒ๐€๐“๐€๐‘๐€๐ ๐’๐„๐๐€๐–๐€๐๐† โ˜•

FamaTV Systems

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐๐„๐๐†๐ˆ๐‹๐€๐๐† & ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐”๐Œ๐ˆ๐๐”๐“๐„๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

FamaTV Systems

Leave a Comment